Hai semua. I'm back!
Harini intan mahu berkongsi info dengan kalian semua mengenai Blogger.com. Mesti semua pernah dengar mengenai tool ini kan. Sejak muda remaja lagi kita semua pernah menggunakan tool ini untuk membangunkan laman web masing-masing. Betul tak? Jadi, jom follow cerita intan.
Untuk makluman kalian, Blogger ialah sebuah perkhidmatan penerbitan dan perkongsian sesuatu. blog yang diasaskan oleh Pyra Labs, dan diambil oleh Google pada tahun 2003.
Pada 23 Ogos 1999, Pyra Labs telah melancarkan Blogger dan menjadi salah satu pelayan penerbitan blog pertama di dunia. Hebat kan? Pada 4 tahun kemudian (Februari 2003), Pyra Labs diselia oleh Google. Ini telah menyebabkan sejumlah ciri premium Blogger yang sebelumnya dikomersialkan oleh Pyra Labs menjadi pelayan yang bebas sepenuhnya untuk pengguna. Sekitar setahun kemudian, salah satu pengasas Pyra Labs, Evan Williams, mengundurkan diri dari Google.
Setahun kemudian, banyak penambahbaikan telah berlaku sebagai contoh Google telah membeli Picasa dan menggabungkannya dengan Blogger. Ini telah menyebabkan pengguna Picasa dapat menerbitkan koleksi foto miliknya ke laman blog yang dimilikinya di Blogger. Sesiapa yang suka tangkap gambar banyak-banyak mesti suka kan? Huhuhu...
Selain itu, Blogger memperkenalkan beberapa perubahan dasar pada sistem terbitan blognya, meliputi penggunaan templat CSS (Cascading Stylesheet), halaman arkib individual untuk masing-masing posting, ulasan, dan posting melalui email. Jadi sesiapa yang suka bertanya atau komen, ini adalah platfrom kesukaan anda.
Kini pada tahun 2020, pengguna Blogger.com semakin berkurangan. Ramai telah beralih kepada media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram dan sebagainya. Mereka yang masih terikat dan mempunyai sentimental value akan menggunakan tool ini. Haa.. Touching gitu.. Lap air mata sikit.. Hehehe...
Baiklah semua. Harini intan dapat kongsi serba sedikit mengenai Blogger.com. Jika kalian nak tahu lagi banyak, sudi-sudilah cari sendiri di Google. Huhuhu..
Bye..
Comments
Post a Comment